PERADUAN SHOKUBUTSU RAYA BERSAMA TFVALUEMART: BELI & MENANG

Share This:

PERADUAN SHOKUBUTSU RAYA BERSAMA TF Value-Mart: BELI & MENANG

CARA-CARA PENYERTAAN

Langkah 1 – BELI

  • Beli mana-mana produk Shokubutsu dari TF Value-Mart dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) semasa Tempoh Peraduan. Satu (1) resit melayakkan Peserta kepada satu (1) penyertaan.

Langkah 2 – IMBAS

  • Imbas Kod QR WhatsApp (019-2229833) dan hantar gambar muka depan resit, nama penuh (seperti dalam Kad Pengenalan) dan alamat e-mel.

Langkah 3 – MENANG

  • Peserta Terpilih akan dihubungi oleh Pihak Penganjur melalui WhatsApp untuk menjawab soalan seperti berikut:
  • Shokubutsu menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk memberikan kulit anda yang sihat secara semula jadi. (Betul/Salah)
  • Jawapan: Betul

 

TERMA DAN SYARAT

Dengan menyertai Peraduan Shokubutsu Raya Bersama TF Value-Mart: Beli & Menang (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang tersenarai seperti berikut dan semua pindaan, penambahan dan pengubahsuaian yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa oleh Pihak Penganjur:-

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh Southern Lion Sdn Bhd (“Pihak Penganjur”) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas (setakat 31hb Disember 2022), kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, agensi promosi/pengiklanan/perhubungan awam dan syarikat sekutunya.
  2. Peraduan ini berlangsung dari 1hb Mei 2022 sehingga 31hb Mei 2022 (“Tempoh Peraduan”).
  3. Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak yang difikirkan sesuai dan diperlu untuk melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan, meminda mekanik Peraduan, menamatkan, membatalkan atau menangguhkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  4. Peraduan ini adalah terpakai hanya kepada jenama produk:- Shokubutsu.
  5. Hadiah Peraduan (“Hadiah”):-
    1. Hadiah
    • Hadiah utama – Baucar tunai TF Value-Mart RM500
    • Hadiah mingguan – Baucar tunai TF Value-Mart RM50 x 60 Pemenang
  6. Pemilihan Pemenang:-
    1. Pemenang hadiah utama akan dipilih berdasarkan perbelanjaan tertinggi.
    2. Lima belas (15) peserta akan dipilih melalui sistem penjanaan komputer setiap minggu semasa Tempoh Peraduan (“Peserta Terpilih”).
    3. Jadual di bawah menunjukkan setiap tempoh masa yang dikira sebagai satu (1) minggu semasa Tempoh Peraduan:
      Minggu Jumlah Pemenang Hadiah Baucar Tunai
      Minggu 1 (1hb – 7hb Mei 2022) 15 Pemenang 15 x RM50 = RM750
      Minggu 2 (8hb – 14hb Mei 2022) 15 Pemenang 15 x RM50 = RM750
      Minggu 3 (15hb – 21hb Mei 2022) 15 Pemenang 15 x RM50 = RM750
      Minggu 4 (22hb – 31hb Mei 2022) 15 Pemenang 15 x RM50 = RM750
      1 Pemenang RM500
    4. Enam puluh satu (61) Peserta Terpilih akan dipilih daripada penyertaan yang layak pada akhir Tempoh Peraduan.
    5. Peserta Terpilih akan dihubungi oleh Pihak Penganjur melalui hantaran teks WhatsApp dan Peserta Terpilih hendaklah menjawab soalan ini:   Shokubutsu menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk memberikan kulit anda yang sihat secara semula jadi. (Betul/Salah)
      •     ➢Jika soalan dijawab dengan betul, Peserta Terpilih layak untuk menerima Hadiah (“Pemenang”).
      •     ➢Jika soalan dijawab dengan salah, Pihak Penganjur akan memilih Peserta Terpilih yang lain.
      •     ➢Soalan hendaklah dijawab oleh Peserta Terpilih melalui Whatsapp dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam daripada masa penerimaan teks WhatsApp oleh Peserta Terpilih. Sekiranya Peserta Terpilih gagal menjawab atau menjawab selepas tamat tempoh 48 jam tersebut, Pihak Penganjur berhak untuk mengganti Peserta Terpilih tersebut dengan Peserta/nama yang seterusnya dalam senarai Pihak Penganjur.
    6. Hadiah akan diberikan melalui pos ke alamat rumah Pemenang berdasarkan butiran data peribadi yang diberikan oleh Pemenang tersebut. Peserta bertanggungjawab untuk memberi nama, alamat rumah dan alamat e-mel yang betul dan sah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika butiran yang diberikan oleh Peserta didapati tidak betul.
    7. Satu Peserta Terpilih hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah.
  • Hadiah Peraduan akan diproses dalam masa sekurang-kurangnya empat belas (14) hari bekerja selepas Pemenang telah dihubungi oleh Pihak Penganjur melalui hantaran teks WhatsApp.
  • Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki dalam Tempoh Peraduan. Peserta dikehendaki menyimpan resit asal (salinan cetak) dan Pihak Penganjur berhak untuk meminta resit asal sebagai bukti untuk pengesahan penyertaan. Kegagalan untuk mengemukakan resit asal apabila diminta boleh mengakibatkan pembatalan penyertaan.
  • Semua Hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan dan segala rayuan tidak akan dilayani.
  • Pihak Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh dipindah milik.
  • Kelayakan Peserta berserta penyertaannya akan dibatalkan jika:- (i) Pihak Penganjur mendapati resit yang digunakan adalah sama dengan penyertaan yang lain, (ii) penyertaan tidak lengkap atau didapati mengandungi maklumat yang salah, rosak, sukar dibaca, lewat dan tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul atau tidak mencukupi. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan tanpa sebarang notis.
  • Semua Bukti Pembelian yang dihantar untuk Peraduan ini adalah hakmilik Pihak Penganjur.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan dianggap telah memberi persetujuan dan kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpul dan memproses data peribadi Peserta dan maklumat untuk tujuan Peraduan ini, untuk menerbit dan/atau memapar butiran, data peribadi dan/atau gambar Pemenang untuk tujuan pengumuman Pemenang, pengiklanan atau publisiti di media cetak dan elektronik (dalam sebarang bentuk) tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau pampasan.
  • Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini, menuntut Hadiah dan/atau menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah tanggungan Peserta tanpa sebarang bayaran balik daripada Pihak Penganjur. Peserta bersetuju tanpa syarat untuk menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jikalau terdapat sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan, kos, perbelanjaan atau kemalangan yang dialami atau timbul disebabkan penyertaan Peserta dalam Peraduan ini. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk sebarang kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, kerugian, kemalangan atau kesulitan untuk sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini kecuali di mana terdapat kerugian yang diakibatkan oleh kecuaian melampau atau niat jahat Pihak Penganjur. Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi Pihak Penganjur daripada dan terhadap mana-mana dan semua tuntutan, kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh Pihak Penganjur berhubung dengan Peraduan ini akibat daripada sebarang perbuatan dan/atau peninggalan Peserta.
  • Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal dan budi bicara mutlak untuk meminda terma dan syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur mengenai Peraduan ini adalah muktamad, mengikat Peserta dan segala surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
  • NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 Notis bertulis ini (“Notis”) berfungsi untuk memberitahu anda bahawa Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran data peribadi Peserta (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran data peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke http://www.southernlion.com.my/contact/ atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd. Unit 1-J & 1-K, Bangunan BAKTI Siti Hasmah, No.6, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 31hb Mei 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi oleh Pihak Penganjur, sila baca polisi peribadi Pihak Penganjur di https://www.southernlion.com.my/privacy-policy/

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang bentuk publisiti lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai.

Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Pihak Penganjur dan Peserta bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Terma dan syarat Peraduan ini hanya terdapat dalam Bahasa Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila layari www.southernlion.com.my atau hubungi kami melalui https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia Isnin hingga Jumaat, 10 pagi – 5 petang (kecuali cuti umum).